Wednesday 2 August 2017

SOLO TRIP LAOS



Vang vieng
Keajaiban pekan kecil

Aku bangun seawal yang boleh untuk aku melangkah kaki aku ini untuk ke destinasi seterusnya. Pekan kecil Vang vieng pilihan aku. Seusai menunaikan kewajipan kepada sang pencipta aku bertolak ke sebuah pekan kecil di utara laos dengan menaiki minivan dari luang prabang.

Aku mula meninggalkan bumi luang prabang yang aku cintai. Sedikit demi sedikit suasana bandar luang prabang hilang dari pandangan aku. Perjalanan yang akan mengambil masa lebih 4 jam untuk sampai ke vang vieng. Dari satu kampung ke satu kampung yang lain, dari satu bukit ke satu bukit, dari satu sungai ke satu sungai van aku menyelusuri. Jalan yang seakan akan cameron highland menyajikan pemandangan yang indah. Mata aku begitu asyik melihat ciptaannya.

Vang vieng , tempat berkumpulnya para pengembara disini. Tempat untuk mereka berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Vang vieng merupakan pekan kecil yang dikelilingi bukit batu kapur dan sawah padi yang terbentang luas. Keajaiban pekan ini yang mempunyai semangat untuk membangun setaraf tempat tempat perhatian pelancong yang lain.

Aku tiba disini jam 11pagi. Aku hanya menggalas backpack aku dari satu bangunan ke bangunan yang lain untuk mendapatkan tempat rehat aku selama satu malam. Vang vieng cetral backpackers pilihan aku. Bilik yang cantik, bersih dan selesa serta pekerjanya yang peramah. Aku berehat sebentar sebelum untuk mendapatkan sedikit ilham apa yang harus aku lakukan disini.

Walaupun badan aku agak keletihan dan sedikit demam tapi aku tetap mahu menjelajah vang vieng. Blue lagoon aktiviti pertama aku. Sejauh 7km aku berkayuh basikal lebih setahun aku tidak berkayuh. Aku cuba untuk mengenangkan kembali kayuhan malaya bersama abang aku. Bayaran masuk sebanyak 10ribu kip memberi sedikit penyesalan kepada diri aku apabila keadaannya tidak memuaskan dengan apa yang aku harapkan. Aku keluar dari tempat itu secepat yang mungkin supaya aku tidak terus rasa menyesal.

Aku ke namxay cave untuk aku melakukan aktiviti seterusnya. Sekali lagi hati aku hampa apabila tempat tersebut tutup buat sementara waktu. Kayuhan semakin tidak bersemangat.

Pha mountain satu tempat untuk aku melepaskan kemarahan aku selepas beberapa kali aku dikecewakan. Ketinggian lebih dari 500meter, laluan yang begitu curam aku memaksa diri aku untuk sampai dipuncak. Hilang kekecewaan aku apabila menghidangkan kehijauan bumi ciptaan sang pemilik dunia.

Aku pulang semula ke bilik untuk memberi sedikit ganjaran kepada perut aku. Tidak ada makanan halal disini yang dapat aku santap melainkan maggi yang aku bawa dari malaysia. Itulah pengembaraan yang mengajar aku erti kesyukuran.
Tidak ada aktiviti yang dapat dibuat disini melainkan hanya berehat dibilik untuk aku mencatatkan beberapa pengalaman suka duka disini sambil ditemani pekerja hostel.

Masih banyak aktiviti yang tidak dapat aku lakukan disini disebabkan masa dan cuaca yang mencemburui aku.
Aku akan ke destinasi seterusnya selepas ini ditemani rakan sebilik aku di vang vieng.


Vang vieng pasti aku rindui.

12 julai 2017
Musanna ahmad
Vang vieng










BLUE LAGOON MASA MUSIM HUJAN





lama dah tak kayuh basikal





teringat kampung





kanak kanak vang vieng





hiking





dari pha hill





sihat kah lembu lembu aku





4ribu kip jambatan gantung





pekan kecil vang vieng





sungai





makan malam





suasana malam

No comments:

Post a Comment

SOLO TRIP LAOS

Viantiane Bumi yang penuh ujian Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bo...