Wednesday 2 August 2017

SOLO TRIP LAOS



Viantiane
Bumi yang penuh ujian

Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bon voyage vang vieng. Minivan aku mula meninggalkan pekan vang vieng sedikit demi sedikit. Van dipenuhi dengan para pengembara yang kebanyakannya adalah pengembara dari eropah. Sempat aku berbual sebentar bersama seorang pengembara wanita dari sweden yang sudah hampir 4bulan pengembaraan beliau secara solo.

Tidak seperti perjalanan aku dari luang prabang ke vang vieng, kali ni perjalanan aku disajikan dengan suasana pekan pekan kecil yang sedang cuba membina kehidupan yang lebih baik oleh penduduk penduduk yang rata rata adalah petani.

Sabaidee viantiane.. Hello viantiane. Van aku mula memasuki ibu negara bagi laos. Kedengaran bunyi hon kenderaan menerjah atmosfera bumi viantiane. Seakan dunia baru bagi aku apabila hampir 5 hari mata aku disajikan bukit bukit kehijauan, hari ini aku akan mula melihat semula bangunan bangunan tinggi seperti di tanah air aku.

Van aku berhenti di viantiane national stadium. Tapak Kaki aku menjejak ibu negara laos buat kali pertama. Kaki aku melangkah tanpa rasa bersalah walaupun dia sendiri tahu ini adalah tempat baru baginya. Aku menggunakan sebaik mungkin simkad laos yang diberikan oleh kak nadiah semasa di luang prabang. Masjid azhar lao muslim association terpapar di skrin aku. Aku dengan megah berjalan sambil melihat bangunan bangunan sekitar bandar viantiane yang masih meninnggalkan sedikit kesan penjajahan perancis.

Makin lama aku berjalan makin aku berasa pelik. Sudah lebih 30minit aku berjalan tapi aku masih belum ketemu masjid azhar. Aku buntu. Kedengaran nyalakan anjing menerjah ke telinga aku. Perasaan takut mula bermain didalam perasaan aku apabila teringat akan penyakit rabies di malaysia. Cepat cepat aku mengambil tuktuk ke bandar viantiane semula. Masih berbaki sedikit wang laos tuktuk meninggalkan pinggir bandar viantiane. Lega aku rasa walaupun terpaksa bayar sedikit mahal.

Sekali lagi aku cuba mencari masjid yang terdekat. Menuju jalan tuhan tidak sesusah yang kita jangkakan. Hanya bebrapa langkah aku terjumpa masjid jamie viantiane. Masjid yang berada berdekatan balai polis membuatkan aku sedikit selamat. Selesai tanggungjawab aku kepada yang berkuasa aku merehatkan badan aku yang keletihan.

Masjid jamie merupakan masjid yang pertama dibina disini. Kebanyakan pengunjung kesini adalah pengunjung dari bangladesh dan india muslim. Kadang kadang terdapat juga pengunjung dari malaysia yang bekerja di viantiane untuk menunaikan. Masjid yang tidak segah di malaysia namun ia tetap menjadi tumpuan kepada umat islam selurug dunia.

Aku pernah terbaca beberapa blog mengatakan terdapat satu restoran halal yang seratus peratus halal. Fatimah restoran yang sentiasa menjadi kunjungan para pengunjung. Lantas aku bangun dan terus mencapai beg aku untuk ke fatimah restoran. Ternyata restoran tersebut sudah tutup beberapa tahun yang lepas apabila aku diberitahu oleh seorang pemandu tuktuk. Aku sangat lapar. Semakin bertambah ujian, semakin bertambah langkah aku. Aku melangkah penuh kekecewaan. Muka yang asalnya riang bertukar masam. Tidak kepada siapa aku harus marah. Aku gagahi langkah aku untuk ke patuxay monumen yang hampir kira kira 1km dari masjid jamie.

Patuxay manumen salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pengembara. Monumen yang seakan akan di itali tersergam indah di tengah tengah bandaraya viantiane. Ukiran nya yang penuh ketelitian menghiburkan hati aku semula. Aku berehat sebentar di situ selepas jauh aku melangkah.
Buah jambu dan air kelapa menjadi santapan makan tengah hari aku. Pelbagai ragam manusia aku lihat disini sambil satu demi satu jambu masuk kedalam mulut aku.
Aku mempunyai sedikit tenaga. Aku meneruskan perjalanan aku ke pha tat luang. Mercu tanda bagi negara laos. Aku hanya mengekori para pelancong lain. Pha tat luang dahulunya adalah sebuah tokong atau temple, tp sekarang ni sudah sedikit aktiviti keagamaan disana. Mempunyai sebuah patung buddha gergasi yang sedang tidur menjadikan ia satu tarikan kepada para pelancong.
Makanan sentiasa bermain di minda aku. Dimana harus aku mengisi perut aku yang sudah seharian aku tidak isi dengan makanan. Aku datang viantiane dengan satu harapan supaya aku dapat makanan halal untuk dijamah terutamanya nasi. Dhaka restaurant berhadapan sungai mekong aku singgah. Hati aku masih was was sama ada halal atau tidak. Lama aku berdiri didepan pintu restoran tersebut. Dengan lafaz bismillah kaki kanan aku melangkah masuk ke dalam restoran. Menu nasi briyani ayam pilihan aku. Seolah olah sudah setahun aku tidak makan nasi. Aku makan dengan sungguh sungguh. Keceriaan kembali terpampar di wajah aku.

Sungai mekong dan night market adalah tempat terakhir aku kunjungi sebelum aku keluar dari negara jajahan perancis ini. Kadang apa yang dirancang tidak akan semudah yang kita sangkakan. Aku ke masjid semula untuk bersolat dan aku mungkin akan tidur disitu buat satu malam kerana aku tidak cukup wang untuk mengambil tempat penginapan. Kepercayaan aku salah apabila aku tidak dibenarkan tidur disitu. Sekali lagi aku harus mencari jalan penyelesaian. Kesana kesini aku berjalan tanpa arah tuju. Guruh berbunyi memberi amaran kepada aku. Berlari laju aku ke satu tempat. Lucky backpackers hostel tempat aku berteduh walaupun hanya tinggal beberapa keping lagi wang.

Viantiane bandar yang menguji kesabaran dan mengajar aku erti kesyukuran kepada Nya. Akan aku tinggalkan negara ini penuh dengan pengalaman yang sangat berguna.

Coretan yang sempat aku nukilkan di pesisir sungai mekong sambil melihat terbenamnya matahari yang ditutupi awan awan dan pelangi indah.

13 julai 2017
Musanna ahmad
Viantiane

#memburu jalan tuhan
# melihatdarimatakaki







terpaksa naik tuktuk











jamia masjid






patuxai monument






buah makanan aku






penat






that dam






breakfast






night market






aktiviti tepi sungai mekong














No comments:

Post a Comment

SOLO TRIP LAOS

Viantiane Bumi yang penuh ujian Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bo...