Saturday 12 August 2017

LAOS

Laos atau lao satu negara yang tidak dapat aku lupakan. Pertama kali aku melihat negara laos sebulan yang lepas cinta aku terhadap nya terus berputik. Laos satu negara yang penuh ketenangan, budaya, sejarah dan masyarkat nya yang sangat baik dan berbudi Bahasa.

Pengembaraan solo aku ke bumi laos ini merupakan pengalaman yang paling indah. Laos merupakan negara yang dikelilingi oleh lima buah negara iaitu china, Vietnam, Thailand, kemboja dan myammar. Satu satunya negara asia tenggara yang tidak mempunyai laut. Sumber makanan mereka hanya mengharapkan dari sungai Mekong dan juga pertanian  jagung dan padi yang menghijau dilereng lereng bukit. Budaya yang diterapkan sami sami Buddha disini sangat meberi kesan yang mendalam keatas penduduk penduduk disini. Tidak terkecuali mayarakat islam yang berada nun jauh di utara laos yang merupakan minoriti sentiasa menitik beratkan nilai nilai islam didalam diri mereka.

Walaupun negara mereka hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai populasi tidak melebihi 7juta penduduk tetapi semangat masyarakatnya untuk terus melakukan perubahan dan bersemangat untuk terus maju sentiasa tersemat didalam jiwa. Kesan penjajahan perancis masih meninggalkan kesan terhadap penduduk laos terutamanya di luang prabang.

Jejak pertama aku dibumi luang prabang seakan memberi gambaran bahawa pengembaraan solo aku ini pasti memberi pengalaman yang tak akan aku lupakan. Dibumi ini lah mengajar aku erti kesabaran, hormat menghormati dan setia kawan. Kesabaran untuk lebih mengawal kemarahan, hormat menghormati antara tua dan muda dan juga semangat setia kawan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Dari luang prabang aku meneruskan pengembaraan aku wilayah vang vieng satu pekan kecil yang sentiasa dipenuhi para pelancong. Suasana seakan di kawasan pedalaman di Malaysia yang dikelilingi bukit bukau batu kapur, sawah padi terbentang luas dan sungai yang mengalir tanpa ada yang menghalang. Manakala haiwan ternakan sentiasa menurut arahan tuannya mengajar aku erti kesederhanaan. Keriangan kanak kanak yang ligat bermain mengajar aku erti kebebasan. Walaupun hanya dua hari aku disini, tetapi pekan kecil ini pasti akan aku sematkan didalam ingatan aku.

Viantiane ibu kota laos. Tidak semegah ibu kota dinegara maju yang lain, ibu kota ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara penduduk-penduduk disini tidak mengira latar belakang budaya, agama mahupun warna kulit. Walaupun hanya sebagai peniaga buah tetapi masih lagi mampu untuk hidup di sebuah ibu kota yang sarat dengan pelancong ini. Ibu kota ini merupakan tempat pemerintahan penjajah perancis suatu ketika dahulu selepas berpindah dari luang prabang.

Selama seminggu aku hidup sebagai pengembara di bumi laos ini, hidup dijalanan dan berseorangan tanpa teman temanku telah memberi seribu satu cerita yang akan aku ceritakan kepada generasi akan datang. Belum puas untuk aku meneroka seluruh pelusuk bumi yang sangat ajaib ini.

Aku akan berehat sebentar dari mengembara untuk memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab aku di tanah air tercinta.


Musanna ahmad

No comments:

Post a Comment

SOLO TRIP LAOS

Viantiane Bumi yang penuh ujian Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bo...