LAOS
Laos atau lao satu negara yang tidak dapat aku lupakan. Pertama
kali aku melihat negara laos sebulan yang lepas cinta aku terhadap nya terus
berputik. Laos satu negara yang penuh ketenangan, budaya, sejarah dan masyarkat
nya yang sangat baik dan berbudi Bahasa.
Pengembaraan solo aku ke bumi laos ini merupakan pengalaman
yang paling indah. Laos merupakan negara yang dikelilingi oleh lima buah negara
iaitu china, Vietnam, Thailand, kemboja dan myammar. Satu satunya negara asia
tenggara yang tidak mempunyai laut. Sumber makanan mereka hanya mengharapkan
dari sungai Mekong dan juga pertanian jagung dan padi yang menghijau dilereng lereng
bukit. Budaya yang diterapkan sami sami Buddha disini sangat meberi kesan yang
mendalam keatas penduduk penduduk disini. Tidak terkecuali mayarakat islam yang
berada nun jauh di utara laos yang merupakan minoriti sentiasa menitik beratkan
nilai nilai islam didalam diri mereka.
Walaupun negara mereka hanyalah sebuah negara kecil yang
mempunyai populasi tidak melebihi 7juta penduduk tetapi semangat masyarakatnya
untuk terus melakukan perubahan dan bersemangat untuk terus maju sentiasa
tersemat didalam jiwa. Kesan penjajahan perancis masih meninggalkan kesan
terhadap penduduk laos terutamanya di luang prabang.
Jejak pertama aku dibumi luang prabang seakan memberi
gambaran bahawa pengembaraan solo aku ini pasti memberi pengalaman yang tak
akan aku lupakan. Dibumi ini lah mengajar aku erti kesabaran, hormat
menghormati dan setia kawan. Kesabaran untuk lebih mengawal kemarahan, hormat
menghormati antara tua dan muda dan juga semangat setia kawan yang sentiasa
mengambil berat antara satu sama lain.
Dari luang prabang aku meneruskan pengembaraan aku wilayah
vang vieng satu pekan kecil yang sentiasa dipenuhi para pelancong. Suasana seakan
di kawasan pedalaman di Malaysia yang dikelilingi bukit bukau batu kapur, sawah
padi terbentang luas dan sungai yang mengalir tanpa ada yang menghalang. Manakala
haiwan ternakan sentiasa menurut arahan tuannya mengajar aku erti kesederhanaan.
Keriangan kanak kanak yang ligat bermain mengajar aku erti kebebasan. Walaupun hanya
dua hari aku disini, tetapi pekan kecil ini pasti akan aku sematkan didalam
ingatan aku.
Viantiane ibu kota laos. Tidak semegah ibu kota dinegara
maju yang lain, ibu kota ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara
penduduk-penduduk disini tidak mengira latar belakang budaya, agama mahupun
warna kulit. Walaupun hanya sebagai peniaga buah tetapi masih lagi mampu untuk
hidup di sebuah ibu kota yang sarat dengan pelancong ini. Ibu kota ini
merupakan tempat pemerintahan penjajah perancis suatu ketika dahulu selepas
berpindah dari luang prabang.
Selama seminggu aku hidup sebagai pengembara di bumi laos
ini, hidup dijalanan dan berseorangan tanpa teman temanku telah memberi seribu
satu cerita yang akan aku ceritakan kepada generasi akan datang. Belum puas
untuk aku meneroka seluruh pelusuk bumi yang sangat ajaib ini.
Aku akan berehat sebentar dari mengembara untuk memberi
sepenuh perhatian kepada tanggungjawab aku di tanah air tercinta.
Musanna ahmad
No comments:
Post a Comment