Tuesday 1 August 2017

SOLO TRIP LAOS



Luang prabang
Cinta pandang pertama

Aku mengambil langkah yang aku sendiri tidak tahu sama ada ia satu langkah yang bijak atau tidak. Tanpa teman, saudara, mahupun kenalan di bumi yang akan aku jelajahi ini. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil pesawat dari kuala lumpur ke luang prabang.
Ya luang prabang satu tempat yang tidak ramai rakyat malaysia datang kesini. Pesawat ak 562 mula meninggalkan bumi kuala lumpur tepat jam 12.30 tengah hari. Didalam perut pesawat aku masih lagi rasa resah. Sedikit demi sedikit aku cuba melupakan perasaan aku ini dan aku meninggalkannya bersama kepulan2 awan di langit.

Percaya atau tidak aku mula memasuki ruang udara luang prabang. Mata aku terus ligat melihat kehijauan gunung ganang memuncak megah, sungai mekong mengalir lancar tanpa ada yang menghalang dari atas pesawat. Aku mulai jatuh cinta pada pandang pertama.
Luang prabang satu wilayah di utara laos yang belum ramai rakyat malaysia ke sini. Satu kawasan yang dikelilingi oleh bukit bukau menghijau. Baru tahun lepas air asia membuka laluannya kesini sebanyak 2kali sehari. Sebab itu mungkin masih agak janggal bagi rakyat malaysia.

Dari lapangan terbang luang prabang seakan akan aku sudah biasa disini. Lapangan terbang yang hanya sebesar lapangan terbang domestik di malaysia. Hirupan udara kali pertama di luang prabang yang terkenal dengan budaya dan eko pelancongannnya.
Tambang tuk tuk sebanyak 20ribu kip membawa aku ke pusat bandar tapak warisan dunia. Kawasan yang telah meninggalkan banyak sejarah penjajahan perancis satu ketika dulu. Bandar yang dikawal oleh unesco sehinggakan bangunan hanya boleh dibina setinggi 2 tingkat sahaja.


Wat tat homestay and restaurant inilah pilihan aku dan cadangan aku kepada rakyat malaysia untuk penginapan. Kaki aku ini seperti sudah menjangkakan bahawa disini pasti ada rakyat malaysia. Abang eddy pengusaha homestay ini merupakan rakyat malaysia berasal dari kelantan dan sekarang bekerja sepenuh masa disini.
Aku masih tiada apa2 perancangan disini. Aku hanya menempah dua malam sahaja disini. Dua malam sebenarnya tidak cukup untuk aku mengembara ke sluruh wilayah ini. Mungkin satu hari nanti aku akan kesini kembali.

Disinilah aku mengenali ramai pelancong dari pelbagai negara terutamanya pelancong dari eropah, jepun, china dan korea. Tidak ketinggalan juga aku berjumpa dengan pelancong dari malaysia yang peratusan hanya 0.0001.

Night market adalah kawasan tumpuan para pelancong pada waktu malam. Inilah aktiviti pertama aku disini. Hanya berjalan dengan mengambil masa kurang 5minit dari tempat penginapan aku. Kebanyakannya disini menjual barang2 kraf. Aku hanya melihat saja tidak mampu untuk aku membeli kerana aku masih ada banyak tempat yang harus aku pergi.

Kuang xie waterfall adalah aktiviti kedua aku disini. Merupakan tempat wajib kepada setiap pelancong yg datang luang prabang. Tambang hanya sebanyak 50ribu kip termasuk tiket masuk ke kuang xie. Perjalanan kira kira 45minit dari bandar luang prabang. Perjalanan yang menyajikan pemandangan alam dan aktiviti penduduk orang kampung yang rata ratanya merupakan petani. Sangat indah dan bersih luar biasa sekali disini. Disini juga terdapat bear farm yang merupakan pusat penjagaan beruang. Terdapat sekitar 20 ekor beruang disini. Kuang xie waterfall ini menarik disebabkan oleh warna airnya yang kebiruan. Cinta aku terhadap luang prabang makin mendalam.

Pulang sahaja dari kuang xie aku terus berjalan jalan sekitar bandar luang prabang. Sungai mekong pilihan aku untuk melihat matahari terbenam. Aku rasa sedikit kecewa apabila matahari tidak mahu muncul. Harapan aku musnah. Adat bercinta pasti ada yang manis pasti ada yang pahit.
Langkah aku mundur dan terus saja aku melangkah pergi ke royal palace museum yang menyimpan segala khazanah negara itu. Ukiran halus dapat dilihat dari luar bangunan muzium ini.


Berhadapan dengan muzium ini terdapat satu bukit yg dipanggil phousi hill. Diatasnya terdapat wat untuk penganut buddha. Diatas ini Dapat dilihat seluruh bandar luang prabang. Indah suasananya.
Setiap pagi pasti ada upacara pmberian makan kepada para sami disini oleh penduduk disini. Satu benda yang jarang sekali dapat kita lihat.


Masih banyak lagi tempat yang belum sempat aku jelajahi disini. Pasti aku akan datang kesini semula untuk mendalami cinta aku kepada suasana alam disini.

Cacatan ini dibuat semasa aku dalam pejalanan ke satu lagi wilayah di laos iaitu vang vieng tmpat kumpulnya para backpackers.
Terima kasih kepada yang membantu aku menemani aku yang sanggup menjadi rakan bual aku kakNadiah Awalludin, bro Khairul Jamain, abang eddy. To pam sorry i leave you alone again and not said thank you for you this morning thank you for been my friend.


11 julai 2017
Musanna ahmad
Luang prabang


#memburujalantuhan
#melihatdarimatakaki



bersama kakak kakak dari malaysia






kuang si waterfall pasti tidak mengecewakan






tourist street sangat bersih






mekong river antara punca makanan rakyat laos






big brother mouse untuk volunteer






night market






royal palace museum






monument anak kepada raja laos dahulu






dari punca phousi hill






buah makanan rasmi aku disana

No comments:

Post a Comment

SOLO TRIP LAOS

Viantiane Bumi yang penuh ujian Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bo...