Saturday 12 August 2017

LAOS

LAOS

Laos atau lao satu negara yang tidak dapat aku lupakan. Pertama kali aku melihat negara laos sebulan yang lepas cinta aku terhadap nya terus berputik. Laos satu negara yang penuh ketenangan, budaya, sejarah dan masyarkat nya yang sangat baik dan berbudi Bahasa.

Pengembaraan solo aku ke bumi laos ini merupakan pengalaman yang paling indah. Laos merupakan negara yang dikelilingi oleh lima buah negara iaitu china, Vietnam, Thailand, kemboja dan myammar. Satu satunya negara asia tenggara yang tidak mempunyai laut. Sumber makanan mereka hanya mengharapkan dari sungai Mekong dan juga pertanian  jagung dan padi yang menghijau dilereng lereng bukit. Budaya yang diterapkan sami sami Buddha disini sangat meberi kesan yang mendalam keatas penduduk penduduk disini. Tidak terkecuali mayarakat islam yang berada nun jauh di utara laos yang merupakan minoriti sentiasa menitik beratkan nilai nilai islam didalam diri mereka.

Walaupun negara mereka hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai populasi tidak melebihi 7juta penduduk tetapi semangat masyarakatnya untuk terus melakukan perubahan dan bersemangat untuk terus maju sentiasa tersemat didalam jiwa. Kesan penjajahan perancis masih meninggalkan kesan terhadap penduduk laos terutamanya di luang prabang.

Jejak pertama aku dibumi luang prabang seakan memberi gambaran bahawa pengembaraan solo aku ini pasti memberi pengalaman yang tak akan aku lupakan. Dibumi ini lah mengajar aku erti kesabaran, hormat menghormati dan setia kawan. Kesabaran untuk lebih mengawal kemarahan, hormat menghormati antara tua dan muda dan juga semangat setia kawan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.


Dari luang prabang aku meneruskan pengembaraan aku wilayah vang vieng satu pekan kecil yang sentiasa dipenuhi para pelancong. Suasana seakan di kawasan pedalaman di Malaysia yang dikelilingi bukit bukau batu kapur, sawah padi terbentang luas dan sungai yang mengalir tanpa ada yang menghalang. Manakala haiwan ternakan sentiasa menurut arahan tuannya mengajar aku erti kesederhanaan. Keriangan kanak kanak yang ligat bermain mengajar aku erti kebebasan. Walaupun hanya dua hari aku disini, tetapi pekan kecil ini pasti akan aku sematkan didalam ingatan aku.

Viantiane ibu kota laos. Tidak semegah ibu kota dinegara maju yang lain, ibu kota ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara penduduk-penduduk disini tidak mengira latar belakang budaya, agama mahupun warna kulit. Walaupun hanya sebagai peniaga buah tetapi masih lagi mampu untuk hidup di sebuah ibu kota yang sarat dengan pelancong ini. Ibu kota ini merupakan tempat pemerintahan penjajah perancis suatu ketika dahulu selepas berpindah dari luang prabang.




Selama seminggu aku hidup sebagai pengembara di bumi laos ini, hidup dijalanan dan berseorangan tanpa teman temanku telah memberi seribu satu cerita yang akan aku ceritakan kepada generasi akan datang. Belum puas untuk aku meneroka seluruh pelusuk bumi yang sangat ajaib ini.

Aku akan berehat sebentar dari mengembara untuk memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab aku di tanah air tercinta.


Musanna ahmad
LAOS

Laos atau lao satu negara yang tidak dapat aku lupakan. Pertama kali aku melihat negara laos sebulan yang lepas cinta aku terhadap nya terus berputik. Laos satu negara yang penuh ketenangan, budaya, sejarah dan masyarkat nya yang sangat baik dan berbudi Bahasa.

Pengembaraan solo aku ke bumi laos ini merupakan pengalaman yang paling indah. Laos merupakan negara yang dikelilingi oleh lima buah negara iaitu china, Vietnam, Thailand, kemboja dan myammar. Satu satunya negara asia tenggara yang tidak mempunyai laut. Sumber makanan mereka hanya mengharapkan dari sungai Mekong dan juga pertanian  jagung dan padi yang menghijau dilereng lereng bukit. Budaya yang diterapkan sami sami Buddha disini sangat meberi kesan yang mendalam keatas penduduk penduduk disini. Tidak terkecuali mayarakat islam yang berada nun jauh di utara laos yang merupakan minoriti sentiasa menitik beratkan nilai nilai islam didalam diri mereka.

Walaupun negara mereka hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai populasi tidak melebihi 7juta penduduk tetapi semangat masyarakatnya untuk terus melakukan perubahan dan bersemangat untuk terus maju sentiasa tersemat didalam jiwa. Kesan penjajahan perancis masih meninggalkan kesan terhadap penduduk laos terutamanya di luang prabang.

Jejak pertama aku dibumi luang prabang seakan memberi gambaran bahawa pengembaraan solo aku ini pasti memberi pengalaman yang tak akan aku lupakan. Dibumi ini lah mengajar aku erti kesabaran, hormat menghormati dan setia kawan. Kesabaran untuk lebih mengawal kemarahan, hormat menghormati antara tua dan muda dan juga semangat setia kawan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.

Dari luang prabang aku meneruskan pengembaraan aku wilayah vang vieng satu pekan kecil yang sentiasa dipenuhi para pelancong. Suasana seakan di kawasan pedalaman di Malaysia yang dikelilingi bukit bukau batu kapur, sawah padi terbentang luas dan sungai yang mengalir tanpa ada yang menghalang. Manakala haiwan ternakan sentiasa menurut arahan tuannya mengajar aku erti kesederhanaan. Keriangan kanak kanak yang ligat bermain mengajar aku erti kebebasan. Walaupun hanya dua hari aku disini, tetapi pekan kecil ini pasti akan aku sematkan didalam ingatan aku.

Viantiane ibu kota laos. Tidak semegah ibu kota dinegara maju yang lain, ibu kota ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara penduduk-penduduk disini tidak mengira latar belakang budaya, agama mahupun warna kulit. Walaupun hanya sebagai peniaga buah tetapi masih lagi mampu untuk hidup di sebuah ibu kota yang sarat dengan pelancong ini. Ibu kota ini merupakan tempat pemerintahan penjajah perancis suatu ketika dahulu selepas berpindah dari luang prabang.

Selama seminggu aku hidup sebagai pengembara di bumi laos ini, hidup dijalanan dan berseorangan tanpa teman temanku telah memberi seribu satu cerita yang akan aku ceritakan kepada generasi akan datang. Belum puas untuk aku meneroka seluruh pelusuk bumi yang sangat ajaib ini.

Aku akan berehat sebentar dari mengembara untuk memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab aku di tanah air tercinta.


Musanna ahmad

Wednesday 2 August 2017

SOLO TRIP LAOS



Viantiane
Bumi yang penuh ujian

Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bon voyage vang vieng. Minivan aku mula meninggalkan pekan vang vieng sedikit demi sedikit. Van dipenuhi dengan para pengembara yang kebanyakannya adalah pengembara dari eropah. Sempat aku berbual sebentar bersama seorang pengembara wanita dari sweden yang sudah hampir 4bulan pengembaraan beliau secara solo.

Tidak seperti perjalanan aku dari luang prabang ke vang vieng, kali ni perjalanan aku disajikan dengan suasana pekan pekan kecil yang sedang cuba membina kehidupan yang lebih baik oleh penduduk penduduk yang rata rata adalah petani.

Sabaidee viantiane.. Hello viantiane. Van aku mula memasuki ibu negara bagi laos. Kedengaran bunyi hon kenderaan menerjah atmosfera bumi viantiane. Seakan dunia baru bagi aku apabila hampir 5 hari mata aku disajikan bukit bukit kehijauan, hari ini aku akan mula melihat semula bangunan bangunan tinggi seperti di tanah air aku.

Van aku berhenti di viantiane national stadium. Tapak Kaki aku menjejak ibu negara laos buat kali pertama. Kaki aku melangkah tanpa rasa bersalah walaupun dia sendiri tahu ini adalah tempat baru baginya. Aku menggunakan sebaik mungkin simkad laos yang diberikan oleh kak nadiah semasa di luang prabang. Masjid azhar lao muslim association terpapar di skrin aku. Aku dengan megah berjalan sambil melihat bangunan bangunan sekitar bandar viantiane yang masih meninnggalkan sedikit kesan penjajahan perancis.

Makin lama aku berjalan makin aku berasa pelik. Sudah lebih 30minit aku berjalan tapi aku masih belum ketemu masjid azhar. Aku buntu. Kedengaran nyalakan anjing menerjah ke telinga aku. Perasaan takut mula bermain didalam perasaan aku apabila teringat akan penyakit rabies di malaysia. Cepat cepat aku mengambil tuktuk ke bandar viantiane semula. Masih berbaki sedikit wang laos tuktuk meninggalkan pinggir bandar viantiane. Lega aku rasa walaupun terpaksa bayar sedikit mahal.

Sekali lagi aku cuba mencari masjid yang terdekat. Menuju jalan tuhan tidak sesusah yang kita jangkakan. Hanya bebrapa langkah aku terjumpa masjid jamie viantiane. Masjid yang berada berdekatan balai polis membuatkan aku sedikit selamat. Selesai tanggungjawab aku kepada yang berkuasa aku merehatkan badan aku yang keletihan.

Masjid jamie merupakan masjid yang pertama dibina disini. Kebanyakan pengunjung kesini adalah pengunjung dari bangladesh dan india muslim. Kadang kadang terdapat juga pengunjung dari malaysia yang bekerja di viantiane untuk menunaikan. Masjid yang tidak segah di malaysia namun ia tetap menjadi tumpuan kepada umat islam selurug dunia.

Aku pernah terbaca beberapa blog mengatakan terdapat satu restoran halal yang seratus peratus halal. Fatimah restoran yang sentiasa menjadi kunjungan para pengunjung. Lantas aku bangun dan terus mencapai beg aku untuk ke fatimah restoran. Ternyata restoran tersebut sudah tutup beberapa tahun yang lepas apabila aku diberitahu oleh seorang pemandu tuktuk. Aku sangat lapar. Semakin bertambah ujian, semakin bertambah langkah aku. Aku melangkah penuh kekecewaan. Muka yang asalnya riang bertukar masam. Tidak kepada siapa aku harus marah. Aku gagahi langkah aku untuk ke patuxay monumen yang hampir kira kira 1km dari masjid jamie.

Patuxay manumen salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pengembara. Monumen yang seakan akan di itali tersergam indah di tengah tengah bandaraya viantiane. Ukiran nya yang penuh ketelitian menghiburkan hati aku semula. Aku berehat sebentar di situ selepas jauh aku melangkah.
Buah jambu dan air kelapa menjadi santapan makan tengah hari aku. Pelbagai ragam manusia aku lihat disini sambil satu demi satu jambu masuk kedalam mulut aku.
Aku mempunyai sedikit tenaga. Aku meneruskan perjalanan aku ke pha tat luang. Mercu tanda bagi negara laos. Aku hanya mengekori para pelancong lain. Pha tat luang dahulunya adalah sebuah tokong atau temple, tp sekarang ni sudah sedikit aktiviti keagamaan disana. Mempunyai sebuah patung buddha gergasi yang sedang tidur menjadikan ia satu tarikan kepada para pelancong.
Makanan sentiasa bermain di minda aku. Dimana harus aku mengisi perut aku yang sudah seharian aku tidak isi dengan makanan. Aku datang viantiane dengan satu harapan supaya aku dapat makanan halal untuk dijamah terutamanya nasi. Dhaka restaurant berhadapan sungai mekong aku singgah. Hati aku masih was was sama ada halal atau tidak. Lama aku berdiri didepan pintu restoran tersebut. Dengan lafaz bismillah kaki kanan aku melangkah masuk ke dalam restoran. Menu nasi briyani ayam pilihan aku. Seolah olah sudah setahun aku tidak makan nasi. Aku makan dengan sungguh sungguh. Keceriaan kembali terpampar di wajah aku.

Sungai mekong dan night market adalah tempat terakhir aku kunjungi sebelum aku keluar dari negara jajahan perancis ini. Kadang apa yang dirancang tidak akan semudah yang kita sangkakan. Aku ke masjid semula untuk bersolat dan aku mungkin akan tidur disitu buat satu malam kerana aku tidak cukup wang untuk mengambil tempat penginapan. Kepercayaan aku salah apabila aku tidak dibenarkan tidur disitu. Sekali lagi aku harus mencari jalan penyelesaian. Kesana kesini aku berjalan tanpa arah tuju. Guruh berbunyi memberi amaran kepada aku. Berlari laju aku ke satu tempat. Lucky backpackers hostel tempat aku berteduh walaupun hanya tinggal beberapa keping lagi wang.

Viantiane bandar yang menguji kesabaran dan mengajar aku erti kesyukuran kepada Nya. Akan aku tinggalkan negara ini penuh dengan pengalaman yang sangat berguna.

Coretan yang sempat aku nukilkan di pesisir sungai mekong sambil melihat terbenamnya matahari yang ditutupi awan awan dan pelangi indah.

13 julai 2017
Musanna ahmad
Viantiane

#memburu jalan tuhan
# melihatdarimatakaki







terpaksa naik tuktuk











jamia masjid






patuxai monument






buah makanan aku






penat






that dam






breakfast






night market






aktiviti tepi sungai mekong














SOLO TRIP LAOS



Vang vieng
Keajaiban pekan kecil

Aku bangun seawal yang boleh untuk aku melangkah kaki aku ini untuk ke destinasi seterusnya. Pekan kecil Vang vieng pilihan aku. Seusai menunaikan kewajipan kepada sang pencipta aku bertolak ke sebuah pekan kecil di utara laos dengan menaiki minivan dari luang prabang.

Aku mula meninggalkan bumi luang prabang yang aku cintai. Sedikit demi sedikit suasana bandar luang prabang hilang dari pandangan aku. Perjalanan yang akan mengambil masa lebih 4 jam untuk sampai ke vang vieng. Dari satu kampung ke satu kampung yang lain, dari satu bukit ke satu bukit, dari satu sungai ke satu sungai van aku menyelusuri. Jalan yang seakan akan cameron highland menyajikan pemandangan yang indah. Mata aku begitu asyik melihat ciptaannya.

Vang vieng , tempat berkumpulnya para pengembara disini. Tempat untuk mereka berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Vang vieng merupakan pekan kecil yang dikelilingi bukit batu kapur dan sawah padi yang terbentang luas. Keajaiban pekan ini yang mempunyai semangat untuk membangun setaraf tempat tempat perhatian pelancong yang lain.

Aku tiba disini jam 11pagi. Aku hanya menggalas backpack aku dari satu bangunan ke bangunan yang lain untuk mendapatkan tempat rehat aku selama satu malam. Vang vieng cetral backpackers pilihan aku. Bilik yang cantik, bersih dan selesa serta pekerjanya yang peramah. Aku berehat sebentar sebelum untuk mendapatkan sedikit ilham apa yang harus aku lakukan disini.

Walaupun badan aku agak keletihan dan sedikit demam tapi aku tetap mahu menjelajah vang vieng. Blue lagoon aktiviti pertama aku. Sejauh 7km aku berkayuh basikal lebih setahun aku tidak berkayuh. Aku cuba untuk mengenangkan kembali kayuhan malaya bersama abang aku. Bayaran masuk sebanyak 10ribu kip memberi sedikit penyesalan kepada diri aku apabila keadaannya tidak memuaskan dengan apa yang aku harapkan. Aku keluar dari tempat itu secepat yang mungkin supaya aku tidak terus rasa menyesal.

Aku ke namxay cave untuk aku melakukan aktiviti seterusnya. Sekali lagi hati aku hampa apabila tempat tersebut tutup buat sementara waktu. Kayuhan semakin tidak bersemangat.

Pha mountain satu tempat untuk aku melepaskan kemarahan aku selepas beberapa kali aku dikecewakan. Ketinggian lebih dari 500meter, laluan yang begitu curam aku memaksa diri aku untuk sampai dipuncak. Hilang kekecewaan aku apabila menghidangkan kehijauan bumi ciptaan sang pemilik dunia.

Aku pulang semula ke bilik untuk memberi sedikit ganjaran kepada perut aku. Tidak ada makanan halal disini yang dapat aku santap melainkan maggi yang aku bawa dari malaysia. Itulah pengembaraan yang mengajar aku erti kesyukuran.
Tidak ada aktiviti yang dapat dibuat disini melainkan hanya berehat dibilik untuk aku mencatatkan beberapa pengalaman suka duka disini sambil ditemani pekerja hostel.

Masih banyak aktiviti yang tidak dapat aku lakukan disini disebabkan masa dan cuaca yang mencemburui aku.
Aku akan ke destinasi seterusnya selepas ini ditemani rakan sebilik aku di vang vieng.


Vang vieng pasti aku rindui.

12 julai 2017
Musanna ahmad
Vang vieng










BLUE LAGOON MASA MUSIM HUJAN





lama dah tak kayuh basikal





teringat kampung





kanak kanak vang vieng





hiking





dari pha hill





sihat kah lembu lembu aku





4ribu kip jambatan gantung





pekan kecil vang vieng





sungai





makan malam





suasana malam

Tuesday 1 August 2017

SOLO TRIP LAOS



Luang prabang
Cinta pandang pertama

Aku mengambil langkah yang aku sendiri tidak tahu sama ada ia satu langkah yang bijak atau tidak. Tanpa teman, saudara, mahupun kenalan di bumi yang akan aku jelajahi ini. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil pesawat dari kuala lumpur ke luang prabang.
Ya luang prabang satu tempat yang tidak ramai rakyat malaysia datang kesini. Pesawat ak 562 mula meninggalkan bumi kuala lumpur tepat jam 12.30 tengah hari. Didalam perut pesawat aku masih lagi rasa resah. Sedikit demi sedikit aku cuba melupakan perasaan aku ini dan aku meninggalkannya bersama kepulan2 awan di langit.

Percaya atau tidak aku mula memasuki ruang udara luang prabang. Mata aku terus ligat melihat kehijauan gunung ganang memuncak megah, sungai mekong mengalir lancar tanpa ada yang menghalang dari atas pesawat. Aku mulai jatuh cinta pada pandang pertama.
Luang prabang satu wilayah di utara laos yang belum ramai rakyat malaysia ke sini. Satu kawasan yang dikelilingi oleh bukit bukau menghijau. Baru tahun lepas air asia membuka laluannya kesini sebanyak 2kali sehari. Sebab itu mungkin masih agak janggal bagi rakyat malaysia.

Dari lapangan terbang luang prabang seakan akan aku sudah biasa disini. Lapangan terbang yang hanya sebesar lapangan terbang domestik di malaysia. Hirupan udara kali pertama di luang prabang yang terkenal dengan budaya dan eko pelancongannnya.
Tambang tuk tuk sebanyak 20ribu kip membawa aku ke pusat bandar tapak warisan dunia. Kawasan yang telah meninggalkan banyak sejarah penjajahan perancis satu ketika dulu. Bandar yang dikawal oleh unesco sehinggakan bangunan hanya boleh dibina setinggi 2 tingkat sahaja.


Wat tat homestay and restaurant inilah pilihan aku dan cadangan aku kepada rakyat malaysia untuk penginapan. Kaki aku ini seperti sudah menjangkakan bahawa disini pasti ada rakyat malaysia. Abang eddy pengusaha homestay ini merupakan rakyat malaysia berasal dari kelantan dan sekarang bekerja sepenuh masa disini.
Aku masih tiada apa2 perancangan disini. Aku hanya menempah dua malam sahaja disini. Dua malam sebenarnya tidak cukup untuk aku mengembara ke sluruh wilayah ini. Mungkin satu hari nanti aku akan kesini kembali.

Disinilah aku mengenali ramai pelancong dari pelbagai negara terutamanya pelancong dari eropah, jepun, china dan korea. Tidak ketinggalan juga aku berjumpa dengan pelancong dari malaysia yang peratusan hanya 0.0001.

Night market adalah kawasan tumpuan para pelancong pada waktu malam. Inilah aktiviti pertama aku disini. Hanya berjalan dengan mengambil masa kurang 5minit dari tempat penginapan aku. Kebanyakannya disini menjual barang2 kraf. Aku hanya melihat saja tidak mampu untuk aku membeli kerana aku masih ada banyak tempat yang harus aku pergi.

Kuang xie waterfall adalah aktiviti kedua aku disini. Merupakan tempat wajib kepada setiap pelancong yg datang luang prabang. Tambang hanya sebanyak 50ribu kip termasuk tiket masuk ke kuang xie. Perjalanan kira kira 45minit dari bandar luang prabang. Perjalanan yang menyajikan pemandangan alam dan aktiviti penduduk orang kampung yang rata ratanya merupakan petani. Sangat indah dan bersih luar biasa sekali disini. Disini juga terdapat bear farm yang merupakan pusat penjagaan beruang. Terdapat sekitar 20 ekor beruang disini. Kuang xie waterfall ini menarik disebabkan oleh warna airnya yang kebiruan. Cinta aku terhadap luang prabang makin mendalam.

Pulang sahaja dari kuang xie aku terus berjalan jalan sekitar bandar luang prabang. Sungai mekong pilihan aku untuk melihat matahari terbenam. Aku rasa sedikit kecewa apabila matahari tidak mahu muncul. Harapan aku musnah. Adat bercinta pasti ada yang manis pasti ada yang pahit.
Langkah aku mundur dan terus saja aku melangkah pergi ke royal palace museum yang menyimpan segala khazanah negara itu. Ukiran halus dapat dilihat dari luar bangunan muzium ini.


Berhadapan dengan muzium ini terdapat satu bukit yg dipanggil phousi hill. Diatasnya terdapat wat untuk penganut buddha. Diatas ini Dapat dilihat seluruh bandar luang prabang. Indah suasananya.
Setiap pagi pasti ada upacara pmberian makan kepada para sami disini oleh penduduk disini. Satu benda yang jarang sekali dapat kita lihat.


Masih banyak lagi tempat yang belum sempat aku jelajahi disini. Pasti aku akan datang kesini semula untuk mendalami cinta aku kepada suasana alam disini.

Cacatan ini dibuat semasa aku dalam pejalanan ke satu lagi wilayah di laos iaitu vang vieng tmpat kumpulnya para backpackers.
Terima kasih kepada yang membantu aku menemani aku yang sanggup menjadi rakan bual aku kakNadiah Awalludin, bro Khairul Jamain, abang eddy. To pam sorry i leave you alone again and not said thank you for you this morning thank you for been my friend.


11 julai 2017
Musanna ahmad
Luang prabang


#memburujalantuhan
#melihatdarimatakaki



bersama kakak kakak dari malaysia






kuang si waterfall pasti tidak mengecewakan






tourist street sangat bersih






mekong river antara punca makanan rakyat laos






big brother mouse untuk volunteer






night market






royal palace museum






monument anak kepada raja laos dahulu






dari punca phousi hill






buah makanan rasmi aku disana

Sunday 25 June 2017

PENGEMBARAAN RAMADHAN

CORETAN RAMADHAN

Assalamualaikum salam Ramadhan..

Tahun ini sekali lagi aku akan menyambut Ramadhan di bumi yang penuh cerita tersendirinya. Tujuan aku hanya lah satu iaitu untuk mencari sedikit sumber pendapatan untuk aku meneruskan hajat pengembaraan aku yang akan datang.

Seperti tahun lepas, tahun ini aku akan mengikut rakan aku abang jep untuk menjual roti john di bazar bukit jelutong shah alam. Kali ini aku akan ditemani juga seorang lagi sahabat yang baru aku kenal an namanya. Seperti biasa juga rumah kakak aku di meru klang menjadi tempat untuk aku berteduh selama satu bulan di bumi yang bertuah ini.

Catatan aku bermula di sini…..


Selesai saja latihan industry aku di kedah pada 25 mei 2017 di alor setar, aku terus mengorak langkah ke lumut untuk menghantar report intra. Alhamdulillah selesai semuanya.  Terima kasih kepada sv aku sir mazlan walaupun ada sedikit pembetulan yang aku kena buat tapi tetap siap pada masa.
Petang jumaat sehari sebelum puasa, aku akan ke klang untuk bekerja. Apalah malang nasib aku apabila bas untuk ke klang habis dan aku terpaksa ke kl saja. Aku dihantar oleh rakan baik aku hasif ke stesen bas manjung, banyak kali dia memujuk aku supaya aku besahur rakan-rakan aku dilumut. Tapi apakan daya aku kena mula kerja awal pagi keesokkan nya. Sorry hasif lain kali lah….

Disebabkan tiket bas aku ke kuala lumpur, aku terpaksa la menggunakan khidmat khairi(mok)rakan baik aku untuk mengambil aku di kl dan hantar aku di meru klang. Mulanya aku nk menggunakan uber tapi agak mahal, jadi aku guna mok dan belanja dia makan sikit jadi la.
Aku tiba di tbs tepat jam 12 malam dan diambil mok. Mok dari tbs sampai di meru memaki aku. Yala aku janji dengan dia pukul 11 tapi aku dah lewat sejam. Mana tidaknya bas yang aku naik boleh pulak singgah sri Iskandar, ipoh jawab dia memang lama la. Jadi malam Ramadhan pertama aku hanya didalam bas arwana .

Kalau aku cerita setiap hari pada bulan Ramadhan apa yang aku catatkan memang tak ingatlah Cuma akan akan coretkan ikut minggu ja la.


Minggu pertama Ramadhan

1 ramadhan 1438 aku mula bekerja. Tidak ada apa yang berbeza dari tahun sebelum ini cumanya tahun ini gaji aku dinaikan sikit oleh abang jep. Pada asalnya aku ditugaskan untuk menjaga tapak abang jep di jalan kebun berdekatan dengan rumah dia. Tapi disebabkan sale disitu makin hari makin drop jadi aku di tukar ke tempat lama aku di bukit jelutong dan di jalan kebun ditutup.

Jam 9 pagi aku akan mula bekerja untuk membuat inti roti john. Tugas lazim aku macam tahun lepas juga perlu potong roti, pecah telur, potong sayur dan goreng daging untuk dibuat inti. Minggu pertama ini aku kerap kali bertemu dengan farah adiba pengacara tv disebabkan oleh tapak dia sebelah dengan tapak roti john abang jep. Jadi selalu juga la aku berbual dengan dia walaupun aku baru ja jumpa dia tapi dah macam kawan aku la pulak. Dia jual lauk nasi padang dan mempunyai restoran.

Minggu ini juga aku berkenalan dengan geng-geng peniaga bazar. Kiri kanan tapak roti john abang jep jual nasi padang ,sebelah kiri bibs nasi padang sebelah kanan farah adiba nasi padang. Memang boleh Nampak keakraban peniaga masing-masing. Dari hanya sebagai rakan berniaga hingga lah boleh jadi sebagai kawan rapat.

Ujian minggu pertama ini memang hebat. Setiap petang pasti akan hujan lebat. Kadang-kadang panas terik. Boleh aku katakan 70% peniaga tak berpuasa. Alhamdulillah aku masih bertahan kadang-kadang niat nk buka pon ada tapi aku tahan ja la. Minggu ini juga aku telah diuji dengan motor tayar pancit semasa pulang ke rumah. Terpaksa la aku keluar keesokkan harinya untuyk menukar tiub sebelum ke rumah abang jep.

Minggu pertama ini memang ramai orang. Sentiasa habis. Apa tidaknya gaji dah mula masuk. Dapat bonus lagi. Jadi minggu pertama dibulan Ramadhan ini jualan sentiasa memuaskan kadang-kadang sampai tak menang tangan.


Minggu kedua Ramadhan.

Tak banyak yang dapat aku nukilkan sepanjang minggu kedua ini. Aku bekerja seperti biasa. Pergi siang balik malam. Minggu kedua ini aku banyak lepak di masjid bukit jelutong. Selesai saja tugas di rumah abang jep, aku akan terus ke masjid bukit jelutong untuk rehat mandi solat zohor sementara menunggu abang jep untuk buka khemah di bazar.

Minggu ini aku berkesempatan berbuka puasa di masjid bukit jelutong. Minggu kedua ini kerap jualan habis awal, jadi aku mengambil kesempatan bebrbuka di masjid bukit jelutong. Makanan sedap itu sebab jadi pilihan aku. Hari khamis minggu kedua rasa aku, timbalan perdana menteri Malaysia ada berbuka puasa di sini. Selalunya apabila ada tetamu vip yang hadir ke sini pihak masjid akan memasak menu istimewa untuk orang yang berbuka.

Aku beratur bersama bangla kontrak disini dan juga orang awam disini untuk mengambil makanan. Menunya nasi beriani memang terliur. aku dan beberapa orang lagi terpaksa menahan air liur saja apabila lauk sudah habis. Mungkin bukan rezeki aku kata hatiku. Tapi percaturan allah itu hebat aku dipanggil oleh tukang masak di belakang khemah untuk ambil lauk disitu. Lauk yang untuk tetamu vip banyak lebih. Aku tertanya kenapa perlu hidangan tetamu dan juga orang awam berbeza. Mana tidanya vip punya hidangan kambing, daging ayam tapi rakyat hanya lah ayam. Itu tak termasuk lagi dengan minuman mereka. Ternyata sikap double standard itu masih ada dikalangan rakyat Malaysia.

Bagi aku makan dengan bangla bukan satu kesalahan. Mereka juga manusia seperti kita. mereka datang untuk mencari rezeki dan sesuap nasi.
Teringat akan aku dengan kejadian seorang bangla yang mengambil berat terhadap seorang kanak-kanak ini. Selesai saja solat isyak, ada seorang lelaki yang membawa anaknya untuk solat terawih disebelahnya. Masa hendak solat tiba-tiba kanak-kanak tersebut terbaring tertidur di tempat bangla tersebut. Tetapi tindakan bangla itu amat aku puji apabila dia sanggup solat di atas lantai bukan diatas karpet semata mata mahu biarkan budak tersebut tidur dengan selesa. Hinggakan dia memarahi siapa yang kejutkan budak itu. Kebanyakan orang termasuk aku mungkin akan menegur atau mengejutkan budak itu tetapi tidak pada bangla tersebut. Memang Nampak kecil apa tindakan dia tetapi disisi rab dia mungkin dipandang tinggi.


Minggu ketiga Ramadhan

Minggu ketiga ini hasil jualan agak kurang memuaskan tetapi masih lagi stabil. Alhamdulillah minggu ini kami mendapat tempahan luar sebanyak 300 biji. Kali ini aku kena bangun awal sedikit untuk ke rumah abang jep.

300 biji sehari banyak tu. Jadinya jam 8 pagi aku sudah mula kerja aku di rumah abang jep sambil an akan menolong aku dana bang jep. Kami perlu siapkan sebelum jam 1 petang dan perlu menghantar ke bangi, puchong, putra perdana dan usj. Disebabkan jem yang melampau, abang jep menyuruh aku untuk hantar roti john ke bangi. Yang lain abang jep akan uruskan.

Motor yang hanya boleh pergi 60km/h aku gagahi juga. 60 roti john terpkasa aku bawa ke bangi. Aku lihat awan mulai mendung menunjukkan tanda2 mau hujan. Janji aku dengan tuan yang akan mengambil roti john di pkns, tapi disebabkan jem aku terpaksa ke rumahnya sendiri. Nasib baik naik moto kalau naik kereta mau malam baru sampai. Alhamdulillah roti john sampai dengan selamat.


Minggu keempat Ramadhan

Minggu terakhir aku berniaga roti john di bazar bukit jelutong bersama abang jep. Mungkin tahun ini adalah tahun terakhir aku bekerja disini. Minggu ini adalah minggu yang penuh suka duka gembira gelak tawa.

Hari isnin aku mendapat berita gembira apabila kawan aku yang ditahan di Australia dapat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah syukur aku rasa. Berita ini bukan saja aku gembira tetapi juga kawan-kwan aku yang lain shauqi dan caet. Lebih sebulan kawan aku ditahan disana bersama sama beberapa orang lagi. Niatnya baik dan mungkin rezekinya disana sampai disitu saja. Mungkin satu hari nanti aku akan cerita tentang perjalanan kawan aku ini di bumi kanggroo.

Disebabkan berita ini, aku mengajak kawan aku mok untuk makan-makan. Dah lama sebenarnya aku nak makan steamboat tetapi masa tak mengizinkan. Jadi aku lepak bersama dengan mok di klang. Mok dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari lumut jadi dia singgah untuk makan bersama aku di klang. Mok kawan aku yang paling baik. Tapi seperti biasa makian dimulut tetap tak tinggal dimulutnya apabila aku sampai lewat di kedai makan. Maafkan aku mok tak sengaja.  Perbualan kami seperti biasa akan bekisar tentang travel, bisnes, kawan2 dan masa depan. Selesai makan mok ke seri kembangan rumahnya dan aku ke tbs untuk membeli tiket bas untuk balik kampong.

Jam 11 malam motor aku mula memecut laju. Sampai saja di bangsar tiba-tiba tayar motor pecah. Lagi sekali aku kena hadap. Jam 11 kedai mana yang buka. Ditengah-tengah kl pulak tu. Terpaksa la aku gagahi juga. Perlahan lahan aku bawa. Dengan kereta sentiasa hon terutamanya kereta besar orang kaya yang menganggap aku mengganggu jalan raya hakikatnya aku dalam keadaan susah masa itu. Sungguh sombong dan angkuh. Bukan tak tahu tayar aku tengah pancit bagi la sedikit laluan. Semburan makian aku semakin menjadi jadi malam itu.

Dalam makian itu aku tetap beri pujian kepada sesetengah penunggang motosikal yang prihatin terhadap aku. Ada yang sanggup escort aku supaya aku supaya tidak ada kenderaan lain yang mungkin akan melanggar aku, ada yang mahu menumpangkan aku. Terima kasih aku ucapkan semoga tuhan membalas jasa kalian.

Perlahan lahan aku menunggang. Dari kl sampailah ke meru. Jam 12 lebih aku sampai di pekan meru. Aku lihat ada satu kedai cina motor buka. Dengan harapan aku akan dapat menukar tiub tetapi perasaan aku hampa apabila dia mau charge rm25. Katanya 12 keatas. Langsung aku cakap terima kasih tanpa tukar tiub. Apabila niat seseorang baik tuhan akan mengabulkan doa dia. Selang 200meter ada satu kedai motor melayu budak muda masih buka. Tanpa lengah masa aku suruh dia tukar tiub. Cuma 10ringgit tak ada charge lebih. Makian aku dekat cina tadi semakin membuak2. Bayangkan dari kl ke meru dengan tayar pancit betapa bersabarnya aku semasa tengah bawa motor.

Keesokkan hari seperti biasa dapur abang jep menjadi tempat aku. Siap-siap inti dimasak aku langsung ke masjid bukit jelutong untuk rehat. Selesai khemah berniaga siap dipasang, terasa satu benda yang tinggal. Rupanya telur yang dipecah abang jep lupa bawa. Jam dekat pukul 3 petang dana bang jep meminjam motor aku untuk mengambil telur.

3.30 petang aku lihat motor aku mula bermandi telur. Tengok abang jep dah berdarah semua. Rupanya abang jep terjatuh di depan petronas bukit jelutong. Aku malas nak bertanya banyak benda kepada abang jep. Aku buat kerja aku seperti biasa. Selepas berbuka aku ke masjid untuk terawih. Motor terasa pancit. Dalam kepala aku ada lagi masalah lepas satu satu. Baru aku sedar tayar luar motor aku dah terkopek. Mungkin ni sebab abang jep jatuh tadi. Lagi sekali aku terpaksa bawak motor dalam keadaan pancit pada waktu malam. Melayang 70ringgit aku. Tapi itulah ujian dari tuhan kepada hamba dia pada bulan puasa ni. Mungkin ada hikmah disebalik semua tu.

Hari jumaat adalah hari terakhir aku berniaga disini. Kegembiraan dan kerinduan itu pasti terasa. Gembira apabila aku dapat pulang ke kampong dan kerinduan itu apabila aku tidak akan lagi dengar jeritan2 para peniaga di sini. Semangat setia kawan itu pasti akan aku ingati. Akan aku ingat peniaga seperti Muhammad mamat rohingnya, wari, kak zah, abang soya, abang tebu yang selalu menceriakan suasana.

Macam macam lagi peristiwa yang belaku sepanjang Ramadhan ini seperti si Muhammad hilang dompet(sekarang dia jadi pendatang asing), farah adiba kena saman dengan mbsa, wari bergaduh dengan Muhammad, kereta pelanggan kena tahan.
Bazar bukit jelutong pasti akan aku kenang.



Hari terakhir Ramadhan

Hari ini adalah hari terakhir aku di sini. Aku akan bertolak pulang ke kampong jam 11 malam dari tbs ke alor setar dengan menaiki bas cosmic yang awal2 lagi aku beli masa bulan Ramadhan. Tahun ini mungkin tak banyak persiapan raya yang mampu aku buat seperti juga tahun lepas. Tahun lepas disebabkan aku akan travel ke china bersama rakan aku, tahun ini mungkin aku akan buat persiapan untuk meneruskan semula pengajian aku. Lazimnya aku akan kemas rumah dulu sebelum pulang ke kampong.

Jam 8.45 pagi aku mula mengorak langkah aku dari rumah kakak aku ke hentian bas di pekan meru. Lebih kurang 2km dari rumah kakak aku ke hentian bas. Langkah aku berjalan tanpa lengah lagi. Laju langkah aku tanpa peduli kan orang. Dalam kepala aku hanya satu, akum ahu pulang ke kampong.

Jam 9.15 pagi bas saranas yang akan membawa aku ke bandar klang mula bergerak perlahan. Bas ini merupakan bas henti-henti. Sudah lama aku tidak menaiki bas henti-henti. Last aku rasa masa aku spm. Aku duduk di belakang sekali supaya aku dapat lihat gelagat rakyat Malaysia yang menaiki bas tersebut. Firasat aku meleset apabila hanya aku saja rakyat Malaysia yang menaiki bas tersebut. 

Keganjilan pasti terasa apabila semua penumpang orang asing yang melihat aku seakan akan aku ini datang dari dunia lain (makhluk asing). Senyum sinis aku didalam hati. Betul kata kakak aku hang akan rasa sesuatu yang pelik bila naik bas henti2 kat Malaysia. Ya memang benar kata kakak aku. Ketawa aku.

Jam 10.15 aku tiba di komplek mpk hentian bas saranas di bandar kelang. Ini adalah kali pertama aku sampai di hentian itu dan seolah olah aku ini seorang traveler dari negara lain. Semua orang memandang aku. Dengan membawa beg depan belakang aku ikut saja langkah aku ini. Aku capai handphone dan mencari lokasi ke stesen ktm klang. Jarak dari komplek mpk ke stesen ktm 1km 13 minit tunjuk google map. Aku terpandang satu tempat disebelah kiri setlah aku keluar dari hentian bas seranas, banyak bas berhenti disitu dan terdengar jeritan kotaraya kotaraya. Aku pergi kearah suara tersebut bang bas ke kl ka?ya naik-naik bas nak jalan dah.. ko nak ke pasar seni ke?aku hangguk ja la. Oke naik rm3 ja.,hari ini jalan xjem.. aku terus bayar dan naik.. aku lupakan niat aku untuk naik komuter. Bas untuk ke kl sentiasa ada dari bandar klang. Hanya dibelakang hentian bas seranas.

10.30 bas mula bergerak..asalnya hanya beberapa orang saja. Tapi apabila bas mula bergerak ramai penumpang mula menaiki bas tersebut. Sekali lagi aku merasa aku berada di negara lain. Bas dipenuhi warga asing. Ketawa aku dalam hati. Seperti biasa aku mengambil tempat duduk dibelakang sekali untuk melihat gelagat para penumpang. Bas mula bergerak meninggalkan bandar klang dan melalui lebuhraya persekutuan. Kelihatan warga asing sebelah aku begitu riang dan khusyuk mendengar lagu Hindustan. Aku layan kan je la. Bukan selalu aku akan melihat gelagat mereka.

Bas memasuki kawasan asia jaya. Tiba tiba bas berhenti disatu tempat dan pintu bas dibuka. Mungkin ada yang mahu turun jadi aku abaikan. Terdengar suara orang Kelantan. Apabila aku panggung kepala rupanya polis sedang buat pemeriksaan. Ramai juga yang kena tahan sebabkan taka da passport. Aku mahu tunjukkan ic aku tapi abang polis suruh aku simpan balik. Mungkin dia percaya aku bukan pendatang asing. Selesai pemeriksaan bas bergerak semula.

11.45 pagi central market pilihan aku. Ramai yang turun disitu dan aku turut ikut. Central market dikatakan tempat berkumpulnya para backpackers dan tempat tumpuan para tourist dan traveler. aku melangkah masuk ke central market niat aku mahu mencari benda lain tetapi benda lain yang aku dapat. jam 15ringgit aku capai. Tanpa belengah aku terus beli. pusing pusing aku sekitar central market dari tingkat bawah kebanyakan souvenier2 key chain sampai lah di tingkat atas bahagian baju-baju batik. Aku keluar dari central market dengan jam raya baru walupun ia bukan niat asal aku.

Tanpa rasa penat langkah aku terus maju. Kali ini aku ke jalan TAR syurga beli belah bagi persiapan raya. Memang syurga dari sekecil kecil barang hingga lah sebesar barang untuk hari raya. Dari harga rm1 sampai lah ke 1000ringgit. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih lagi mencari barang untuk persiapan raya tahun ini. Boleh kita lihat kesesakan jalan raya untuk pulang ke kampong jugak setanding dengan Kepadatan dan kesesakan orang ramai disini buat aku rasa rakyat Malaysia adalah orang kaya2. Malaysia kuasa membeli nya tinggi. Badan aku mulai meminta untuk rehat. Dan aku teruskan langkah aku ke masjid jamek untuk berehat disana dan menunaikan tanggungjawab aku kepada sang pencipta alam ini.

Aku coretkan catatan ini semasa aku di tbs semasa aku menunggu bas disini. Masih ramai lagi rakyat malaysia yang belum mendapatkan tiket untuk pulang ke kampong. Aku akan berbuka disini saja dan melihat gelagat manusia disini.

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin
Salam perantauan salam pengembaraan

Musanna ahmad
Melihat dunia dari mata kaki.



tapak roti john serama



gerai nasi padang farah adiba



ujian apabila hujan


suasana bazar bukit jelutong





hari hari kerja aku masak inti



makanan masjid
peneman setia aku
berbuka bersama bangla
dil muhammad






hari terakhir di masjid bukit jelutong

depan belakang galas
kesibukan pekan meru
warga meru


bas ke klang
RM 2.00 JE
bas ke kuala lumpur
hentian bas seranas

layan lagu hindustan

pemeriksaan abang polis
hentian central market

 

tak sengaja terbeli di central market


suasana jalan TAR


KUIH RAYA JALAN TAR



LELONG MURAH!!!!!




BAJU RAYA MURAH



LELONG KASUT AGAK AKU


dari yang kecil

hingga lah yang kurang kemampuan

copy paste ayat hang tuah

melepak di kfc tbs


cosmic express tip top

jangan kata aku pon bangla

SOLO TRIP LAOS

Viantiane Bumi yang penuh ujian Aku akan meninggalkan pekan kecil vang vieng yang penuh suka dan duka walaupun hanya sebentar aku disana. Bo...